Thursday, April 23, 2009

Francais kata hati....




Jika dulu

aku masih belum sempurna
tatkala hati masih merunum membingkaikan rasa duka nestapa
mual dengan seorang hamba adam
paranoia takut pisang berbuah dua

Hari ini
aku bina prosa
konon-konon diri ini sudah boleh berdiri
memotivasi diri cuba medatasi positif
memang gagah diri ini
semua penyesalan tidak dikenang kembali
kerna aku petik daun teratas sekali

Sekarang
mata rebak melayan memendam diri
sudah aku menyuluhkan hati
merebahkan semua ego didiri
usah lah kau memendam diri
membuat aku terpinga pinga sendiri
sama ada kita sama-sama seiringan berjalan
atau aku terkedepan sendiri

Mungkin
aku bukan yang kau cari
bukan aku meradang bertanya
cuma ingin aku selam lebih dalam
kerana aku bukannya sempurna
hati aku palu memikirkan semua

Maafkan aku sekiranya terkasar
membuat kau terguris sehingga tak terkata
kerana bulan tetap takkan berubah
walau gerhana memecah suasana


oleh : Afiqah
23 April 2009
4:40am


0 comments: